JAKARTA: Aktres Ratu Felisha, mengejutkan peminatnya dengan memfailkan permohonan perceraian terhadap suaminya pada 29 November lalu.
Permohonan cerai daripada Ratu Felissa Renatya binti Tubagus Ari Yasin terhadap suaminya, Franciscus Emmanuel bin Korsten George HM, dicatat di Mahkamah Agama Jakarta Selatan.
Perkara tersebut disahkan oleh Pegawai Perhubungan Awam Mahkamah, Tamah melalui telefon, semalam.
“Benar, permohonan itu difailkan pada 29 November lalu,” katanya.
Katanya lagi, perbicaraan perceraian bintang filem ‘Buruan Cium Gue’ itu sudah dua kali diadakan.
“Perbicaraan pertama pada 12 Disember lalu dan kedua pada 19 Disember. Yang ketiga akan diadakan pada 9 Januari tahun depan,” katanya.
Perkahwinan Ratu Felisha dengan suaminya yang berasal dari Belanda selama tiga tahun, tidak dikurniakan anak.
Model jelita yang sering menjadi tumpuan orang ramai kerana gambar seksinya yang tersebar di internet, berkata, dia tidak sabar untuk menimang anak.
Pasangan itu berkahwin pada akhir 2008.
Menurut Ratu Felisha, dia sering berdoa semoga dikurniakan anak.
“Memang saya mahu cepat dapat anak kerana kawan-kawan lain sudah bergelar ibu. Doakan semoga Tuhan cepat berikan anak kepada saya,” kata Ratu Felisha ketika ditemui di Jagkarsa, Jakarta Selatan, Jun lalu.
No comments:
Post a Comment