JAKARTA: Penyanyi dangdut, Dewi Persik, meraikan hari jadinya pada 18 Disember lalu.
Walaupun usianya semakin bertambah, Dewi masih belum berharap untuk bertemu jodoh.
Dewi memilih untuk memberi tumpuan membesarkan anaknya. Dia juga mahu kariernya berkembang.
“Lebih baik saya berjaya dalam karier dulu. Anak saya masih kecil dan sangat memerlukan saya. Biarkan saya jadi ibu tunggal dan saya sedang menikmati saat ini,” katanya setelah selesai perbicaraan kesnya dengan Julia Perez di Mahkamah Negeri Jakarta Timur, semalam.
Walaupun dilihat lebih mementingkan soal karier daripada jodoh, bintang ‘Paku Kuntilanak’ itu juga tetap teringin untuk mencari seorang lelaki bergelar suami.
Namun, tidak dapat dinafikan, selama dirinya menjadi penyanyi pasti ramai lelaki yang akan cuba mendampinginya.
Bekas isteri Aldy Taher itu berkata, karier dan jodoh adalah satu perkara yang tidak boleh bersatu.
No comments:
Post a Comment