Jom Buat Duit
Friday, 30 December 2011
Elly Suriati Keguguran
PETALING JAYA: Pengarah filem dan pelakon, Elly Suriati dilaporkan keguguran ketika mengarahkan filem terbarunya, Penanggal di Kampung Sayong, Kuala Kangsar, Perak, jam 12 tengah hari, kelmarin.
Suaminya yang juga pelakon, Azri Iskandar berkata, kejadian itu berlaku selepas isterinya yang baru menamatkan pengarahan beberapa babak lakonan berehat seketika kerana ke bilik air.
Katanya, ketika berada di bilik air, Elly mengalami pendarahan yang banyak sehingga terpaksa dikejarkan ke Hospital Kuala Kangsar untuk pemeriksaan lanjut.
“Doktor memaklumkan Elly keguguran menyebabkan dia tertekan dan bersedih. Elly seolah-olah tidak dapat menerima kenyataan kehilangan bayi ini ketika usia kandungan mencecah empat bulan,” katanya.
Menurut Azri, dia bimbang Elly tertekan dan sering menasihatkan isterinya semua itu ketentuan Allah s.w.t.
“Saya merasakan keguguran ini berlaku disebabkan Elly terlalu aktif dan lasak di lokasi, tambahan pula penggambaran filem biasanya tamat sehingga lewat malam, kadangkala sehingga jam 6 pagi,” katanya yang reda menerima ujian itu.
Elly sebelum ini memaklumkan media, dia bakal menerima kehadiran cahaya mata keempat selain memberitahu dapat melakukan kerja pengarahan biarpun berbadan dua. Menurut Azri, dia dan isterinya bukan saja diuji keguguran anak tetapi juga kehilangan anak kedua berusia lapan bulan, baru-baru ini.
“Elly akan berehat sehari dua sebelum meneruskan penggambaran,” katanya yang turut berlakon filem Penanggal.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment