Jom Buat Duit

Saturday 28 January 2012

Harimau bintang baham wanita hamil

HARIMAU bintang yang dikurung di zoo di Guwahati selepas ditangkap semalam.
HARIMAU bintang yang dikurung di zoo di Guwahati selepas ditangkap semalam.
MOZIZ...mangsa.
MOZIZ...mangsa.

GUWAHATI: Dua orang, termasuk seorang wanita hamil cedera parah selepas dibaham seekor harimau bintang semalam, serangan ketiga seumpamanya dalam masa beberapa minggu.
Dalam kejadian terbaru itu, haiwan liar berkenaan dikatakan sesat dan berkeliaran di Guwahati, bandar terbesar di negeri Assam, India.

Harimau bintang itu mencetuskan panik apabila berkeliaran di kawasan berpenduduk padat di bandar berkenaan, tempat dia membaham seorang lekaki berusia 20 tahun dan seorang wanita hamil.
Suami wanita terbabit, Abid Ali berkata, isterinya kehilangan banyak darah dan pengsan.

“Dia cedera parah di belakang kepala,” kata lelaki itu.

Seorang lagi mangsa, Moziz Haq berkata, dia juga cedera di kepala.
“Ia seolah-olah mengetuk dan menampar dan saya rebah ke tanah dengan darah memercik pada seluruh tubuh,” kata Moziz kepada wartawan ketika ditemui di hospital.

Haiwan berkenaan kemudian ditembak menggunakan ubat pelali oleh pegawai hutan sebelum dihantar ke zoo di bandar itu.
Ia adalah serangan ketiga membabitkan harimau bintang di Guwahati bulan ini.

Dalam kejadian ngeri yang dirakam menerusi kamera, tiga orang cedera dan seorang mati apabila dibaham oleh seekor harimau bintang pada 7 Januari lalu.

Tiga lagi penduduk cedera dalam serangan berasingan minggu lalu.

Beribu-ribu penduduk India menjadi mangsa serangan haiwan liar setiap tahun, membabitkan gajah, harimau, harimau bintang dan ular.

Aktivis pemuliharaan alam sekitar berkata, semakin banyak haiwan liar memasuki bandar kerana perkembangan kawasan bandar dan industri menyebabkan habitat mereka semakin kecil. - AFP

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters