Jom Buat Duit

Saturday, 3 December 2011

Bayi Dijual RM21,000

UNTUK DICAM...Cif Inspektor Hartisyah Abduhu bersama bayi perempuan berusia setahun di mahkamah, semalam.
UNTUK DICAM...Cif Inspektor Hartisyah Abduhu bersama bayi perempuan berusia setahun di mahkamah, semalam.

KUALA LUMPUR: Seorang bayi yang nyaris dijual dengan harga RM21,000 menarik perhatian orang ramai yang hadir di Mahkamah Sesyen di sini, semalam apabila dibawa untuk tujuan pengecaman oleh seorang saksi yang juga pengadu dalam kes itu.
Bayi perempuan comel yang berusia setahun itu dicam saksi kelima pendakwaan, Norfatimah Ahmad, 43, sebagai bayi yang dibelinya daripada sebuah hospital swasta, tahun lalu. Dia dibawa ke mahkamah pada perbicaraan kes bekas jururawat, Gulab Jan Abdul Jabir, 49, atas tuduhan memperdagangkan seorang bayi perempuan, tahun lalu. Gulab Jan didakwa memperdagangkan bayi perempuan berusia lapan bulan bagi tujuan eksploitasi di Hospital Taj, jam 2.10 petang, 1 November 2010.

Dia didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Bayi itu kini berada di dalam jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sehingga selesai perbicaraan kes itu. Norfatimah turut melakukan pengecaman terhadap individu yang ditemuinya ketika melakukan urusan pembelian bayi di Hospital Taj, Jalan Ipoh di sini, November tahun lalu iaitu pakar bedah, Datuk Dr Mohammad Feizal Abdullah dan anak perempuannya, Suraij Banu yang bekerja di hospital sama.

Mahkamah turut memanggil Datin Mumtaj Nashir Bee iaitu isteri Dr Mohammad Feizal bagaimanapun dia memberitahu mahkamah isterinya tidak dapat hadir kerana tidak sihat.

Timbalan Pendakwa Raya Nor Amalina Ismail turut memberitahu mahkamah pihak pendakwaan gagal menyerahkan sapina kepada pembantu jururawat, Munirah Ali Bakar dan orang awam, Mohamed Kassim Ibrahim untuk dipanggil sebagai saksi pada tarikh perbicaraan akan datang.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters