KUALA LUMPUR: Tiga anggota polis antara empat yang ditahan kerana
disyaki terbabit kegiatan menyewakan senjata api jenis revolver .38
kepada pihak tertentu yang kemudian digunakan untuk melakukan jenayah
termasuk rompakan.
Difahamkan, senjata berkenaan disewakan pada harga RM2,000 hingga
RM5,000 dan bayaran dilakukan secara komisen menggunakan wang hasil
rompakan.
Menurut sumber, kegiatan itu terbongkar selepas Cawangan Jenayah
Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu menahan dua individu
termasuk seorang anggota polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah
(IPD) Hulu Terengganu pada 29 November lalu.
Sehari selepas
penahanan itu, dua lagi anggota polis yang bertugas di Pusat Latihan
Polis (Pulapol) Jalan Semarak, di sini, dicekup kerana disyaki menjadi
antara individu yang mempunyai kaitan rapat berhubung kegiatan
pengedaran serta penyewaan senjata api berkenaan.
“Dua anggota polis yang ditahan di ibu negara itu berusia pertengahan
20-an dan mereka baru berkhidmat antara empat hingga lima tahun.
No comments:
Post a Comment