JADI SEJARAH...Brand dan Katy ketika menghadiri tayangan perdana filem Get Him To The Greek di Los Angeles, Mei lalu. Pasangan selebriti ini mengumumkan perceraian mereka, semalam.
LOS ANGELES: Rumah tangga Katy Perry dan Russell Brand berakhir hanya selepas 14 bulan mereka melangsungkan perkahwinan yang diduga bakal kekal bahagia.
Dalam kenyataan dikeluarkan Brand semalam, aktor dan pelawak Britain itu berkata, dia dan Katy “bersedih kerana terpaksa menamatkan perkahwinan” mereka.
Katanya, walaupun bercerai, dia tetap mengagumi dan bersahabat dengan Katy selepas ini.
Brand, 36, tidak memberikan maklumat lanjut, tetapi dokumen difailkan di mahkamah semalam menyatakan, mereka kini tidak lagi mempunyai persefahaman.
Brand dan Katy, 27, berkahwin pada Oktober 2010 di sebuah pusat percutian mewah di kawasan pemuliharaan harimau di India.
Sebelum itu, mereka mengumumkan pertunangan dalam majlis Anugerah Video Muzik MTV (VMA) pada Januari 2009.
Di majlis itu, Brand menjadi hos dan Katy menjadi seorang daripada penyanyi jemputan.
Brand - pernah bergelut mengatasi masalah ketagihan dadah dan seks - kelihatan sangat teruja memperkatakan projek terbarunya bersama Katy awal 2011
Antara lain, Brand dipetik sebagai berkata, Kate memberinya kekuatan untuk melakukan yang terbaik.
Katy pula memuji Brand selepas dia memenangi tiga anugerah dalam VMA pada Ogos lalu.
“Saya sangat berbangga dengan Brand atas setiap apa yang dikatakannya, malah kadang-kala pertuturannya begitu berwarna-warni,.
“Itulah punca saya berkahwin dengan Brand. Dia pintar,” katanya.
Khabar mengenai perceraian itu mula diperkatakan dalam dunia siber baru-baru ini selepas mereka dilihat bercuti tanpa cincin perkahwinan masing-masing. - AP
No comments:
Post a Comment