Jom Buat Duit
Wednesday, 28 March 2012
Israel akan musnah jika serang Iran: Sayid Ahmad
TEHERAN: Ulama terkenal Iran, Ayatollah Sayid Ahmad Khatami menganggap ancaman serangan ketenteraan Israel terhadap negara itu hanya perang psikologi.
Menurutnya, Tel Aviv tidak akan berani untuk menyerang Iran kerana tindakan itu bakal memusnahkan mereka. “Sebelum ini, media sering menghebahkan mengenai serangan ketenteraan ke atas Iran khususnya oleh Israel. Ancaman itu hanya perang psikologi,” kata Sayid Ahmad sebagaimana dipetik oleh Press TV.
Anggota Dewan Kepemimpinan Iran itu juga menegaskan pemerintah Israel tahu serangan ketenteraan terhadap Iran akan mengundang kemusnahan rejim Zionis.
“Kami tidak melakukan pencerobohan, tetapi kami akan memusnahkan penceroboh,” katanya.
Menurutnya, kegagalan serangan Israel di Lubnan dalam perang 33 hari pada 2006 menjadi bukti Tel Aviv tidak mampu menentang Iran yang lebih kuat dan lebih bersedia. - Agensi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment