KONTI stesen radio Sinar FM yang terletak di Tropicana City Office Tower, Petaling Jaya, Selangor pada 22 Mac lalu dilanda kemeriahan di luar kebiasaan apabila dikunjungi tetamu kehormat, tidak lain dan tidak bukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Bersempena lawatan tersebut, Najib telah beramah mesra dengan krew Suria FM termasuklah Halim Othman, Nabil Ahmad, Kenchana Dewi, Linda Onn dan ramai lagi.
Sehubungan itu juga, pihak Suria FM telah mengambil kesempatan menghadiahkan cenderamata khas kepada Najib yang merupakan baju-T khas yang tertulis perkataan @ceriapagisuria follow @NajibRazak.
Ia adalah bersempena dengan sokongan terhadapTwitter Najib yang sudah hampir mencecah 500,000 pengikut yang mana Suria FM serta Ceria Pagi di Suria juga merupakan antara ratusan ribu pengikut @NajibRazak.
Pada kesempatan tersebut, Suria FM juga akan menyahut cabaran Perdana Menteri untuk mengumpul seramai yang mungkin pengikut di laman Twitter.
Sementara itu, Suria FM kini menampilkan peraduan Ketawa dan Ceria Bersama Suria, Menang Sehingga RM Suku Juta telah berjaya mengumpul dua orang pendengar yang telah menempah tempat ke peringkat akhir untuk merebut hadiah wang tunai sehingga RM250,000.
Dua pendengar tersebut telah meneka lima suara ketawa selebriti mengikut turutan dengan betul. Ramai juga pendengar yang berjaya meneka satu dan dua suara ketawa dengan betul dan mereka juga berjaya memenangi RM100 untuk setiap jawapan suara ketawa yang betul.
Peraduan yang bermula 19 Mac lalu itu akan berakhir pada 13 April ini dan Suria FM sedang mencari 30 orang pendengar untuk dibawa ke peringkat akhir yang mana sejumlah wang tunai RM250,000 bakal dimenangi.
Pembayang juga akan diberikan dari semasa ke semasa untuk memudahkan pendengar membuat tekaan. Cara untuk menyertainya mudah sahaja iaitu:
No comments:
Post a Comment