Jom Buat Duit

Monday 16 April 2012

Gadis Australia dicaci peminat One Direction



ANGGOTA-ANGGOTA kumpulan One Direction terdiri daripada Horan (kiri) yang berdiri di sebelah Zayn, Tomlinson dan Styles.


SYDNEY - Para peminat fanatik kumpulan pop One Direction dari Britain marah apabila mereka mendapati salah seorang anggota kumpulan itu, Zayn Malik menunjukkan dia meminati seorang gadis Australia.
Menurut laporan MailOnline kelmarin, Zayn yang berusia 19 tahun telah meminta gadis itu, Anna Crotti, 20, keluar dengannya.

Zayn dan empat lagi anggota kumpulan itu berkenalan dengan Crotti semasa mereka tiba di stesen radio Nova di sini untuk diwawancara baru-baru ini.
Bagaimanapun, sebelum Crotti memberi sebarang jawapan, dia menjadi sasaran kebencian para peminat One Direction.

Menurut laporan akhbar Daily Star, Crotti yang merupakan seorang penyambut tetamu dihujani mesej-mesej keji menerusi laman Facebook.
"Ia agak menakutkan. Ramai perempuan menelefon stesen radio itu dan memaki saya," kata Crotti.
Kumpulan anggota itu turut disertai oleh Niall Horan, Louis Tomlinson, Liam Payne, dan Harry Styles.
Bagaimanapun, peluang Crotti untuk keluar dengan Zayn berakhir kerana anggota-anggota One Direction telah meninggalkan Sydney kelmarin untuk menuju ke Melbourne. - Agensi

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters