Jom Buat Duit

Tuesday 17 April 2012

Nilai cincin tunang Jolie dianggarkan RM765,750

GAMBAR jarak dekat menunjukkan cincin berlian yang dipakai Jolie.

LOS ANGELES - Pelakon terkenal, Angelina Jolie memakai sebentuk cincin yang dianggarkan bernilai AS$250,000 (RM765,750) semasa dia melawat sebuah muzium di sini pada Rabu lalu, lapor akhbar dalam talian MailOnline semalam.

Ia merupakan cincin pertunangan yang diberikan oleh kekasihnya, Brad Pitt, 48.
Cincin itu ditempah daripada tukang emas, Robert Procop.
Rekaan cincin yang berbentuk segi empat itu mengambil masa selama setahun untuk disiapkan.
Jolie, 36, memakai cincin itu ketika dia mengunjungi pameran koleksi seni Cina di Muzium Daerah Los Angeles.

Berita pertunangan pasangan itu disiarkan media pada Jumaat lalu.
Pasangan itu ketika ini tinggal bersama walaupun mereka masih belum melangsungkan perkahwinan. - Agensi

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters