Jom Buat Duit

Sunday 22 April 2012

Mayat bertaburan

PASUKAN penyiasat memeriksa rangka pesawat yang terhempas di Islamabad, kelmarin.
PASUKAN penyiasat memeriksa rangka pesawat yang terhempas di Islamabad, kelmarin.

ISLAMABAD: Bau hangit akibat kebakaran menyelubungi ruang angkasa di pinggir bandar raya ini semalam, tempat sebuah pesawat terhempas lewat petang kelmarin.
Ketulan bahagian pesawat malang itu bertaburan di kawasan ladang gandum, begitu juga dengan cebisan mayat penumpang dan kakitangan pesawat malang itu, kata penduduk.

Pesawat Boeing 737 milik Bhoja Air yang berlepas dari Karachi terhempas ketika cuba mendarat di Lapangan Terbang Islamabad dalam ribut petir.
Pihak berkuasa Pakistan semalam mengesahkan semua 127 orang di dalam pesawat itu terbunuh.

Saksi berkata, mereka melihat anggota tubuh manusia bertaburan di ladang gandum di sekitar Kampung Hussain Abad.

Sebahagian sayap pesawat itu jatuh di atas sebuah rumah. Pemiliknya, Intezar Hussain berkata, dia bersyukur kerana semua anggota keluarganya dalam rumah berkenaan terselamat.

Sementara itu, suasana pilu menyelubungi Lapangan Terbang Islamabad.

Antara mereka yang terkorban dalam nahas itu ialah pasangan suami isteri yang baru berkahwin.
Keluarga sebelah lelaki sudah membuat persiapan besar-besaran untuk menyambut pasangan itu, tetapi semalam, yang tiba ialah mayat mereka. Pesawat Boeing itu sudah berusia hampir 30 tahun tetapi dibenarkan untuk terbang oleh pihak berkuasa penerbangan negara itu.

Seorang pegawai Bhoja Air menegaskan, meskipun sudah lama, pesawat itu masih selamat untuk digunakan dan nahas itu berpunca daripada masalah cuaca, bukan teknikal. Bercakap di tempat kejadian semalam, Menteri Dalam Negeri, Rehman Malik berkata, ketua syarikat penerbangan berkenaan, Farooq Bhoja, ditahan dan tidak dibenarkan meninggalkan Pakistan sementara pihak berkuasa menjalankan siasatan terperinci. - Agensi

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters