Jom Buat Duit

Sunday 22 April 2012

Apa kisahnya Sham Kamikaze

SHAM KAMIKAZE
 
SEMUA orang boleh bercakap, tapi bila cakap tak serupa bikin, maaf cakaplah, payah orang nak hormat. Baru-baru ini ada isu pasal anggota kumpulan Kamikaze, Sham yang sudah berhijrah menjadi penceramah bebas.

Dia nafikan bernikah lagi tetapi tak pernah jawab soalan bila ramai wartawan hubungi untuk dapatkan kesahihan berita yang disampaikan oleh sumber terdekat dengan isteri barunya sendiri.
Dari satu segi, kalau salah kenapa nak bersembunyi daripada hakikat, tampil sahajalah buat kenyataan. Bukankah berani kerana benar? Seharusnya Sham amat tahu dengan hukum agama.
Tapi cara Sham yang gemar mengemas kini akaun Twitter dengan ayat-ayat ala-ala alim ulama buat orang berfikir 18 kali. Betul ke apa yang ditulisnya itu berdasarkan pemahaman, atau sekadar dipetik daripada pembacaan sahaja.

Antara petikan tweet yang menarik perhatian Diva antaranya:
'Mungkin kita tidak mampu menambah pahala tapi tak perlulah menambah dosa pula' dan 'Jaga tepi kain orang, jangan sampai menyelaknya. Jaga tepi kain sendiri, jangan sampai terselak'.
Diva cuma berharap Sham tampil berkata benar dan bukan hanya bijak bersuara di laman sosial. Ada beberapa rakan yang kesal dengan penulisannya yang dianggap tidak serupa bikin. Diva malas nak komen. Pernah juga Diva terbaca yang Sham memberi komentar tentang satu program televisyen yang dikatakan menyebar fitnah. Diva rasa Sham bijak dalam hal ini dan bukan tweet mengikut nafsu.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters