Jom Buat Duit

Saturday 21 April 2012

Pilot pengsan, pesawat terbang 3 jam sebelum terhempas


TELUK MEXICO: Seorang juruterbang yang tidak sedarkan diri dalam pesawat persendirian kecil terbang mengelilingi Teluk Mexico selama tiga jam semalam.
Pesawat itu dibayangi dua jet tentera Amerika Syarikat sebelum kehabisan bahan api dan terhempas lalu tenggelam ke dasar laut, kata pihak berkuasa.

Pengawal pantai AS menghantar sebuah pesawat, helikopter dan kapal Pengawal Pantai ke tempat kejadian, kira-kira 222 kilometer di barat Tampa, Florida, tetapi juruterbang terbabit tidak muncul daripada pesawat yang tenggelam itu, menurut jurucakap Pengawal Pantai, Elizabeth Bordelon.
Pesawat Cessna dua enjin itu mendarat perlahan dan terapung seketika, tetapi kemudian tenggelam dalam teluk itu, di mana airnya mempunyai kedalaman 457 meter. - Reuters


No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters