Jom Buat Duit

Wednesday 18 April 2012

Cobain hasilkan album ketika bunuh diri



AKSI penyanyi kumpulan Nirvana, Kurt Cobain ketika mengadakan konsert di Seattle, Amerika Syarikat pada 13 Disember 1993


WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) - Vokalis utama kumpulan Nirvana, mendiang Kurt Cobain menghasilkan sebuah album solo ketika dia membunuh diri pada tahun 1994, dedah seorang bekas pemain gitar kumpulan Hole, Eric Erlandson.

Dia berkata demikian dalam satu temu bual bersama saluran televisyen muzik Fuse.
Erlandson, 49, ialah bekas anggota kumpulan Hole yang ditubuhkan oleh balu Cobain, Courtney Love.
"Itu yang benar-benar sedang dilakukannya, sebuah album solo tetapi dia juga bekerja dengan orang lain," kata Erlandson.

Menurutnya, Cobain menulis dan menghasilkan beberapa lagu mengatasi karyanya sebelum ini.
"Ia mungkin White Album. Saya begitu teruja dengan sesetengah lagu yang dihasilkannya.
"Saya pernah melihat dia menyanyikan lagu itu di depan saya. Sebab itulah saya amat sedih apabila dia meninggal dunia," tambah Erlandson.

Erlandson berkata demikian kepada Fuse minggu lalu selepas dia menerbitkan sebuah buku mengenai hubungannya dengan Cobain berjudul Letters to Kurt.
Katanya, sebuah album Cobain daripada beberapa rakaman demo masih boleh diterbitkan.
Cobain membunuh diri pada usia 27 tahun ketika kemuncak kejayaan kumpulan muzik grunge itu. - AFP

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters