Jom Buat Duit

Sunday 26 February 2012

Aizat diminati orang Jepun


AIZAT



TERKEJUT juga apabila Diva dapat cerita bahawa penyanyi lagu Sungai Lui diminati oleh orang Jepun. Diva terfikir mungkin minah Jepun sudah jatuh cinta dengan Aizat setelah dia menjejakkan kaki ke Osaka, Jepun pada bulan lalu.

Rupa-rupanya, lagu-lagu Aizat termasuklah Sungai Lui dan Susun Silang Kata berjaya memikat telinga penduduk negara matahari terbit itu. Dengarnya, lagu itu akan dialih bahasa dan dinyanyikan semula oleh Aizat dalam bahasa Jepun untuk pasaran di sana. Hebat Aizat, orang lain sibuk nak ke Indonesia, dia ke Jepun.

Diva pun suka lagu Sungai Lui dari segi melodi dan liriknya. Memang kena dengan jiwa muda Aizat. Diva ucapkan tahniahlah kepada komposer dan penyanyi muda ini kerana berjaya memikat selera dan telinga khalayak luar. Kalau sudah berjaya di sana nanti, Diva cuma nak pesan magnet peti sejuk sahaja. Nak buat kenang-kenangan.
Diva: Kasihan bila dengar suara sendu artis yang berangan hebat nyanyiannya.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters