Jom Buat Duit

Wednesday 22 February 2012

Safee sedia pulang ke tanah air





KUALA LUMPUR - Penyerang sensasi Harimau Malaya, Mohd. Safee Sali (gambar) bersedia untuk pulang ke tanah air bagi menunaikan tanggungjawabnya sebagai pengundi sekiranya Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13) diadakan dalam masa terdekat.
Safee, 28, yang ketika ini beraksi bersama kelab Pelita Jaya, Indonesia berkata, beliau teruja untuk menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia walaupun tidak lagi bermastautin di tanah air.
"Saya akan memohon pelepasan daripada majikan saya, Pelita Jaya untuk pulang ke Malaysia apabila tarikh PRU 13 ditetapkan nanti," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Bekas pemain Selangor itu ketika ini berada di Kuala Lumpur bagi menjalani latihan bersama skuad kebangsaan bagi menghadapi dua perlawanan persahabatan menentang Sabah dan Filipina sehingga 1 Mac depan

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters