Jom Buat Duit

Monday 27 February 2012

Rihanna jadi tentera laut

DEBARAN...satu kapal makhluk asing mengejar bot dinaiki Rihanna.
DEBARAN...satu kapal makhluk asing mengejar bot dinaiki Rihanna.

DIA bukan lagi asing untuk menayangkan tubuh cantiknya untuk mendapat perhatian.
Namun, apabila imej eksklusif di dunia daripada filem terbarunya Battleships ditayangkan, Rihanna masih mampu mempamerkan keseksian walaupun dia lengkap berpakaian.

Penyanyi itu yang mencecah usia 24 tahun baru-baru ini kelihatan serius dan penuh keazaman dalam penggambaran yang menunjukkan dia berbaris untuk sedia beraksi di kalangan rakan tentera laut.

Rihanna berlakon sebagai pegawai tentera laut Raikes dalam filem itu yang turut dibarisi Liam Neeson, Alexander Skaarsgard, Brooklyn Decker dan Taylor Kitsch.


Filem itu menyaksikan sekumpulan kapal tentera laut antarabangsa diserang makhluk asing ketika “peperangan tentera laut antarabangsa”.

Bercakap mengenai rancangan untuk melonjakkan namanya dalam industri filem, Rihanna berkata dalam satu wawancara baru-baru ini: “Saya suka berlakon filem sekarang. Ia sesuatu yang ingin saya lakukan dengan lebih banyak lagi.

“Saya hanya ingin memilih filem yang matang untuk saya dan watak yang dapat saya lakonkan dengan baik, tidak terlalu berat untuk saya,” katanya.

Dan nampaknya keyakinan Rihanna nyata berbaloi apabila pengarah Battleship, Peter Berg memuji bakat penyanyi itu di layar lebar ketika wawancara bersama Berita MTV awal bulan ini.

Berg berkata: “Rihanna hebat. Dia mempunyai watak yang penting. Saya terkejut kerana tiada siapa memikirkan untuk menawarkan dia berlakon. Saya peminat utama videonya.

“Dia memang seksi, tetapi mempunyai semangat yang penuh perasaan. Saya seperti, “Seseorang akan menawarkan dia berlakon”.

“Saya selalu percaya terhadap pemuzik begitu juga dengan pelakon. Saya berjaya meraih kejayaan hebat bersama Tim McGraw dalam Friday Night Lights dan The Kingdom.

“Pemuzik sudah berlakon sejak Frank Sinatra memenangi anugerah Oscar untuk filem From Here to Eternity.

“Barbra Streisand, Kris Kristofferson dan juga mendiang Whitney Houston, saya rasa dia cukup mengagumkan dalam The Bodyguard. Dan baru-baru ini, Mariah Carey pula dalam Precious, dia memang hebat,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters