Jom Buat Duit

Monday 23 April 2012

Polis buru Azhar Jusof cedera anak kekasih


KUALA TERENGGANU: “Kami sekeluarga simpati dengan kejadian menimpa Mohd Danish Aiman Abdullah, 2, dan berharap dia segera sembuh,” kata kakak suspek yang didakwa mencederakan anak teman wanitanya di Kampung Tualang, Manir, di sini, Jumaat lalu.
Ibu empat anak berusia 35 tahun itu berkata, mereka sekeluarga rapat dengan mangsa dan ibunya, Norisah Kassim, 22, sejak dua beranak itu tinggal bersamanya sejak tiga bulan lalu.

“Saya sudah menganggap mangsa seperti anak sendiri apatah lagi mangsa yang juga anak tunggal amat manja. Malah, anak bongsu saya juga rapat dengan mangsa memandangkan usia mereka sama.
“Ketika Norisah membawa mangsa ke rumah kami yang terletak berhampiran, Mohd Danish seolah-olah berada dalam kejang. Keadaannya menyebabkan kami sekeluarga menangis sebelum membawanya ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, pihaknya memburu suspek dikenali sebagai Azhar Jusof yang dipercayai mencederakan mangsa yang juga anak teman wanitanya.

“Identiti suspek sudah dikenal pasti dan usaha memburunya giat dijalankan termasuk mengambil keterangan daripada ibu mangsa dan beberapa ahli keluarga terdekat yang tinggal bersama suspek di rumah berkenaan.

“Mangsa yang mengalami pendarahan di otaknya selamat menjalani pembedahan semalam dan dilaporkan stabil sebelum dipindahkan ke Wad Rawatan Intensif Pediatrik dan Penjagaan Bayi HSNZ, di sini.

Semalam, Metro Ahad melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun cedera di kepala dan dirawat di HSNZ, di sini, selepas dipercayai ditampar teman lelaki ibunya.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters