Jom Buat Duit

Thursday, 22 November 2012

Hebe Tian mahu bekukan ovum

SALAH seorang anggota kumpulan S.H.E, Hebe Tian yang bakal mencecah usia 30 tahun pada Mac tahun depan mengakui dia sudah mulai risau tentang dirinya yang masih belum berkahwin.
Hebe yang baru membuat kemunculan semula bersama S.H.E menerusi album terbaharu, The Flowers Are Blossoming Again dikatakan risau kerana dia seorang sahaja dalam kalangan anggota kumpulan itu yang belum berkahwin.

Bagaimanapun, dia telah mengejutkan dua lagi anggota S.H.E, Selina dan Ella dengan pengakuannya yang bercadang untuk membekukan ovum (telur) dirinya bagi kegunaan kehamilan pada masa depan.
"Saya mungkin mahu mencuba untuk menjalani teknologi pembekuan ovum (telur) bagi kehamilan (tanpa berkahwin) di masa depan. Bagaimanapun buat masa ini, saya belum berani melakukannya kerana prosedurnya sangat menyakitkan," ujarnya kepada media Taiwan baru-baru ini.
Tambahnya: "Bagaimanapun, saya juga berharap dan berasa lebih elok andainya saya menemui cinta sejati dan berkahwin suatu hari nanti."

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)