Jom Buat Duit

Tuesday 20 November 2012

Shah Rukh Khan pilih heroin cantik

MEMBICARAKAN tentang aktor tersohor Bollywood, Shah Rukh Khan, ia tidak akan pernah habis. Khalayak sentiasa ingin mengetahui kisah terkini aktor berusia 47 tahun tersebut dan pihak media sendiri tidak pernah jemu menyebarkan berita tentang beliau.

Aktor yang kini muncul dengan filem terkininya, Jab Tak Hai Jaan baru-baru ini bercakap tentang faktor usia, perjalanan kariernya sepanjang 20 tahun serta mengapa selepas lapan tahun, baru dia kembali bermain dalam filem romantik bersama dua heroin iaitu Katrina Kaif dan Anuskha Sharma.
Apakah rahsia anda sentiasa kelihatan muda walaupun telah mencecah usia 47 tahun?
Tak ada rahsia. Saya menjalani kehidupan seperti biasa. Saya tidak melakukan senaman secara berlebihan atau menikmati makanan yang terlalu mewah. Saya tidur secukupnya dan menghabiskan waktu bersama anak-anak apabila ada masa terluang.

Adakah anda takut menjadi tua?
Saya tak pernah fikir tentang hal itu.
Anda kini kembali dalam sebuah filem romantik bersama dua heroin selepas lapan tahun menerusi filem Jab Tak Hai Jaan. Kenapakah anda mengambil masa yang lama untuk berbuat demikian?
Saya hanya akan berlakon filem romantik dengan wanita cantik. Saya rasa, semua orang suka melihat sesuatu yang cantik, jadi begitu juga saya. Selepas lapan tahun, saya rasa saya sudah bertemu heroin yang cantik iaitu Katrina Kaif dan Anuskha Sharma untuk mendampingi saya dalam sebuah cerita cinta.

Di dalam filem ini, anda membawakan watak seorang anggota tentera darat. Bagaimanakah perasaan anda membawa watak ini?
Saya memang suka untuk membawakan watak seperti anggota tentera darat, tentera laut atau tentera udara. Saya harap, dengan membawa watak sedemikian, ia dapat membantu mempopularkan kerjaya ini selain memberi inspirasi kepada khalayak untuk menjadikan ia salah satu profesion yang merupakan satu bakti kepada negara.

Ini merupakan tahun ke-20 anda sebagai anak seni. Apakah yang boleh anda katakan mengenai kerjaya ini?
Saya sangat sukakan kerjaya saya. Setiap hari, saya bersemangat untuk keluar bekerja. Sejujurnya, saya bukan seorang yang bercita-cita tinggi, namun saya selalu berusaha keras dan harap dapat diterima dengan baik melalui semua hasil kerja saya. Saya tidak akan mensia-siakan kebahagiaan dan perjalanan seni yang baik ini. Pada masa akan datang, saya akan terus berusaha dan bekerja dengan lebih keras untuk memastikan karier saya sentiasa berkembang baik.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters