Huang (kiri) ketika bersama rakan-rakannya pada majlis memperingati pengorbanan mereka untuk negara.
TAIPEI - Wanita yang digelar hamba seks tertua dunia, menghembuskan
nafas terakhir pada umur 96 tahun akibat kegagalan fungsi pernafasan di
Taiwan, Sabtu lalu.
Menurut Pertubuhan Keselamatan Wanita Taipei (TWRF), Huang Wu Hsui-mei,
adalah salah seorang daripada lapan hamba seks atau dikenali sebagai
'comfort women', yang masih tinggal di Taiwan selepas 50 yang lain
meninggal dunia lebih 20 tahun lalu.
"Huang dipaksa kerajaan Jepun menjadi hamba seks kepada askar mereka di wilayah Guangdong, China pada 1940.
"Dia dipaksa melakukan perkhidmatan seksual kepada lebih 20 askar setiap hari dalam setahun," kata wakil TWRF.
Sebaik kembali ke Taiwan, Huang mengalami penderitaan mental dan
fizikal sekali gus diceraikan suaminya kerana gagal melahirkan anak.
Wanita itu turut mengembara ke Jepun, Australia dan Korea Selatan bagi
mendapatkan sokongan masyarakat luar serta mendapat pembelaan daripada
kerajaan Jepun.
Namun sehingga kini, perjuangan Huang untuk mendapatkan permohonan maaf
daripada kerajaan Jepun masih tertangguh dan TWRF berkata, pihaknya
akan meneruskannya demi keadilan hamba-hamba seks di zaman itu. -
Bernama

No comments:
Post a Comment