Anggota polis trafik sedang memeriksa keadaan mayat mangsa selepas di gilis tayar lori bermuatan tanah.
KUALA KANGSAR – Seorang anggota tentera udara tidak sempat menamatkan
kursus apabila dia maut selepas motosikal ditunggangnya bergesel dengan
sebuah lori muatan tanah berhampiran lampu isyarat kawasan perindustrian
di Jalan Kuala Kangsar, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 2.35 petang, mangsa, Perajurit Muda Mohamad Jazli
Abu Bakar, 23, dikatakan dalam perjalanan menuju ke Institut Latihan
Tentera Udara Ipoh selepas menemui rakan mereka di Klebang Restu,
Chemor.
Kejadian itu menyebabkan kepala mangsa hancur dengan otaknya terpelanting sejauh lebih 10 meter dari tempat kejadian.
Menurut saksi yang enggan dikenali berkata, dia yang berada di belakang
lori seberat lapan tan terbabit melihat mangsa bergesel dengan badan
lori sebelum terjatuh ke tengah jalan.
“Kejadian itu berlaku dalam sekelip mata tetapi saya sempat melihat
lori itu terus menggilis kepala mangsa menyebabkan serpihan otak
terpelanting,” katanya.
Sementara itu, rakan mangsa yang mahu dikenali Kadir, 21, berkata, dia
bergerak bersama mangsa untuk kembali ke institut berkenaan bagi
menjalani kursus yang dijangka tamat minggu depan.
“Kami baru pulang menemui rakan di Klebang Restu tidak jauh dari sini,
saya bergerak di hadapan manakala, dia di belakang. Saya terkejut
apabila toleh ke belakang, orang ramai berkumpul.
“Menggeletar lutut apabila melihat tubuh arwah di tengah jalan dalam
keadaan mengerikan. Namun, kejadian itu telah dilaporkan kepada pegawai
atasan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Sementara itu, Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah,
Deputi Superintendan Wan Sharuddin Wan Omar berkata, pihaknya sedang
mengesan pemandu lori di balai-balai berdekatan setelah gagal menemuinya
di lokasi kejadian.
Menurutnya, siasatan diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Kedua-dua kenderaan itu berada di laluan sama menuju ke Ipoh.
Dipercayai mangsa bergesel sebelum terjatuh dan di gilis tayar belakang
menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian akibat cedera parah di
kepala.
“Mayat mangsa di hantar ke Unit Forensik, Hospital Raja Permaisuri
Bainun untuk bedah siasat. Usaha sedang giat dijalankan untuk mengesan
pemandu yang mungkin membuat laporan di balai berdekatan,” katanya. SH
No comments:
Post a Comment