Jom Buat Duit

Sunday, 24 June 2012

Anang-Ashanty, pasangan sebulan

PERNIKAHAN Anang Hermansyah dan Ashanty genap sebulan pada tarikh 12 Jun lalu. Suami isteri itu bagaimanapun mengaku belum sempat berbulan madu.
Pasangan ini mengaku kerap menghabiskan waktu terluang dengan berjalan-jalan.
"Belum hamil, baru satu bulan. Kami baru pulang dari Lombok," ujar Ashanty.
Destinasi Anang dan Ashanty ke Lombok untuk bercuti namun mereka tidak pernah berdua. Mereka selalu membawa kedua-dua anak-anak Anang hasil perkahwinan terdahulu, Aurel dan Azriel.
"Kita pergi berbulan madu tetapi tidak berdua-dua, sama anak-anak juga. Jadi ramai. Sebenarnya tidak niat untuk merayakan sebulan pernikahan. Cuma waktu di sana ada yang mengingati kami akan tarikh itu. Satu bulan nikah, akhirnya kita raikan saja," kata Ashanty.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)