Jom Buat Duit

Friday 22 June 2012

England tidak gentar lawan


WALCOTT (kiri) bersedia berdepan dengan sesiapa sahaja pada Euro 2012.


KYIV, Ukraine - Pemain sayap England, Theo Walcott menegaskan England kini berada pada tahap yang terbaik dan mampu menewaskan mana-mana pasukan pada Euro 2012.
Walcott menyuarakan keyakinan itu menjelang aksi suku akhir menentang Itali di Stadium Olimpik awal pagi Isnin ini.

Pemain Arsenal itu berkata: "Kami tidak kisah untuk menentang mana-mana pasukan pada kejohanan ini. Lawan kami akan berdepan dengan kesukaran untuk menewaskan England.
"Beraksi menentang Itali pasti sukar tetapi kami tidak gentar kerana kami percaya England mampu menewaskan mana-mana pasukan.

"Saya tidak berniat untuk memperlekehkan mana-mana pasukan tetapi kami memiliki peluang yang baik untuk memenangi kejohanan ini sama seperti pasukan lain.
"Namun, jika kami beraksi pada tahap yang terbaik, siapa tahu? Kami bertahan dengan begitu baik dan paling mustahak, kami mampu menjaringkan gol.

"Kami masih belum melihat prestasi terbaik Itali dan mungkin mereka akan mempamerkan aksi cemerlang ketika menentang England pada aksi suku akhir Euro 2012.
"Mereka memiliki pemain-pemain bertaraf dunia dalam kesebelasan utama dan simpanan tetapi kami tidak risau mengenai perkara itu.

"Kami memerlukan rehat. Tempoh itu mampu membantu kami untuk meredakan tekanan. Kami berpeluang untuk meluangkan masa bersama keluarga sebelum menumpukan perhatian pada perlawanan menentang Itali.
"Itali merupakan satu pasukan yang sukar tetapi kami memiliki pemain-pemain yang hebat," ujar Walcott. - Agensi

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters