Jom Buat Duit

Saturday, 23 June 2012

Portugal berhak menang


PEMAIN-PEMAIN Portugal meraikan kejayaan menewaskan Republik Czech 1-0 pada aksi suku akhir di Stadium Nasional, Poland awal pagi semalam 
 

WARSAW, Poland - Jurulatih Portugal, Paulo Bento menegaskan bahawa kepantasan adalah kunci utama di sebalik kejayaan menewaskan Republik Czech 1-0 pada aksi suku akhir awal pagi semalam.
Pada aksi di Stadium Nasional itu, Cristiano Ronaldo muncul wira Portugal apabila menanduk masuk gol kemenangan pada minit ke-79.

Bagaimanapun, Bento berkata, keupayaan kolektif untuk mengawal permainan di posisi serangan dan pertahanan telah menjadikan pasukan itu sangat berbeza.
"Kami tidak bermula dengan baik di posisi serangan. Kami tidak terlalu cekap untuk menguasai bola pada babak pertama permainan.

"Namun, kami lebih banyak menguasai permainan pada babak kedua. Kami mengawal permainan dalam satu cara yang berlainan dan kami bermain dengan pantas serta mempamerkan kualiti yang hebat.
"Selepas itu, kami terus menguasai permainan. Sangat penting apabila kamu menguasai permainan dan kamu perlu kecekapan di posisi serangan serta pertahanan.
"Kami melakukannya beberapa kali pada babak kedua. Hari rehat tambahan yang dimiliki Czech (selepas tamat aksi kumpulan) tidak memberi kesan pada babak kedua.
"Kami mudah untuk beraksi dengan lebih baik," kata Bento.
Portugal dijadualkan bertemu juara dunia dan juara bertahan, Sepanyol atau Perancis pada aksi separuh akhir.

"Sasaran kami adalah untuk menewaskan Sepanyol atau Perancis. Tidak ada sasaran lain buat kami dan ini adalah tugas yang perlu kami laksanakan," katanya.
Meskipun pemain tengah, Raul Meireles, João Moutinho dan Nani bermain dengan baik, Ronaldo perlu diberi pujian atas peranan yang dimainkan.
"Ronaldo bermain mengikut sistem taktikal kami. Dia berkemampuan untuk bermain
dalam kotak penalti tetapi turut berbahaya apabila berada di luar kotak penalti," kata Bento. - AFP

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)