Jom Buat Duit

Monday 28 October 2013

David Beckham, anak kemalangan

BEVERLY HILLS - Bekas pemain bola sepak England, David Beckham, 38, dilaporkan terlibat dalam kemalangan apabila kenderaan pacuan empat roda yang dipandu keluar dari rumahnya berlanggar dengan sebuah kereta di sini pada Jumaat lalu," lapor akhbar Daily Mail.

Beckham memandu sebuah Range Rover Sport berwarna hitam manakala anak lelakinya, Brooklyn, 14, duduk di bahagian penumpang ketika kejadian.

Seorang saksi berkata, Beckham memandu keluar dari rumahnya apabila berlanggar dengan sebuah kereta dari arah hadapan.

Dia kemudian dilapor mengundurkan kenderaan pacuan empat roda tersebut ke kediamannya sementara menunggu polis tiba untuk mengambil keterangan mengenai kejadian tersebut.

Kereta jenis Acura 4x4 yang dipandu seorang wanita rosak dalam kemalangan tersebut manakala bumper kereta mewah Beckham pula bengkok.

Bekas bintang bola sepak itu membeli kenderaan tersebut pada harga antara AS$60,595 (RM190,510) hingga AS$76,195 (RM239,557) pada tahun 2010.

Ini bukan kali pertama Beckham dan Brooklyn terlibat dalam kemalangan kerana pada tahun 2011 mereka terselamat selepas kereta yang dipandu Beckham merempuh belakang sebuah kereta lain di sebuah lebuh raya di Los Angeles.

Namun, mereka tidak cedera dalam kemalangan tersebut kerana kedua-duanya memakai tali pinggang keledar. - Agensi

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters