Jom Buat Duit

Saturday 26 October 2013

Bintang Pirates of the Caribbean berpisah

LOS ANGELES - Aktor tampan, Orlando Bloom dan isterinya yang merupakan seorang model, Miranda Kerr akhirnya bercerai selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga," lapor akhbar Toronto Sun semalam.
Perceraian itu disahkan oleh pasangan tersebut yang memberitahu mereka tidak tinggal sebumbung sejak beberapa bulan lalu.

Seorang jurucakap pasangan selebriti berkenaan berkata, Orlando dan Miranda Kerr mengumumkan bahawa mereka berpisah secara baik.

"Selepas enam tahun bersama, mereka membuat keputusan untuk mengumumkan perpisahan secara rasmi baru-baru ini," katanya dalam satu kenyataan.
Pelakon filem Pirates of the Caribbean dan model Victoria Secret itu mula bercinta pada tahun 2007 dan berkahwin pada Julai 2010.

Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Flynn yang lahir pada tahun 2011. - Agensi

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters