Jom Buat Duit

Sunday 27 October 2013

Pelajar mahu bom masjid dipenjara 40 tahun

LONDON - Seorang pelajar Ukraine menerima hukuman penjara minimum 40 tahun oleh mahkamah British selepas didapati bersalah membunuh datuknya dan meletakkan bom berhampiran tiga masjid di bandar Birmingham, Britain.

Pavlo Lapshyn, 25, mengaku bersalah menikam Mohammed Saleem, 82, ketika mangsa sedang berjalan pulang dari masjid di bandar itu, April lalu.

Lapshyn yang juga pelajar lepasan ijazah dari sebuah universiti di Dnipropetrovsk, mengaku merancang untuk meletupkan tiga masjid iaitu di Walsall, Wolverhampton dan Tipton pada Jun dan Julai lalu, menurut sumber AFP.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters