Jom Buat Duit

Tuesday 1 October 2013

Adam AF2 Selamat Bernikah Dengan Fiza Elite

Dengan hanya sekali lafaz, penyanyi, Adam atau Mohd Aizam Mat Saman, 30, sah memperisterikan pelakon, Fiza atau Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim 32, kira-kira jam 10.30 pagi tadi.

Mempelai dinikahkan oleh Pendaftar Nikah Daerah Petaling, Suhaimi Ahmad Wakid serta berwakil walikan bapa pengantin perempuan, Abdul Halim di Bangunan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) , Shah Alam.



Adam dan Fiza mula berkenalan rapat sejak pertengahan Julai lalu. Kemudian Fiza dilamar oleh Adam dalam pertemuan kedua mereka. Fiza merupakan ibu tunggal kepada kepada 2 cahaya mata iaitu Ferra Aryana Ahmed Farriq, 3, dan Feeya Adyrra Ahmed Farriq berusia 2 tahun.

Pasangan bakal diraikan dalam majlis persandingan menyambut tetamu oleh pihak lelaki di Kota Kinabalu, Sabah pada pertengahan bulan depan.
Adam yang juga Bintang Akademi Fantasia 2 (AF 2), kemudian menyerahkan mas kahwin bernilai RM300 serta hantaran berupa al-Quran serta sepersalinan lengkap barangan solat. Majlis hanya dihadiri oleh 50 orang tetamu termasuk keluarga dan rakan terdekat mempelai serta rakan media.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters