Jom Buat Duit

Saturday, 26 October 2013

Shah Rukh antara orang terkaya di India

MUMBAI - Bintang Bollywood, Shah Rukh Khan berada dalam senarai individu terkaya di India dengan kekayaan peribadi berjumlah sekurang-kurangnya AS$300 juta (RM945 juta), lapor akhbar India Today semalam.

Menurut edisi kedua Hurun India Rich List yang disiarkan kelmarin, Shah Rukh yang merupakan pemilik bersama syarikat produksi Red Chillies Entertainment menduduki tempat ke-114 senarai orang paling kaya di India.

Laporan sama menyatakan, nilai keseluruhan aset 100 orang terkaya di India meningkat kepada AS$250 bilion (RM787 bilion) pada tahun ini berbanding AS$221 bilion (RM696 bilion) tahun lalu.

Dalam pada itu, pengerusi syarikat Reliance Industries, Mukesh Ambani menduduki tempat teratas senarai itu apabila memiliki aset mencecah AS$18.9 bilion (RM59.49 bilion) diikuti pemilik syarikat Arcelor Mitt yang berpengkalan di London, Lakshmi Mittal dengan harta bernilai AS$15.9 bilion (RM50 bilion).

Sementara itu, pengasas Sun Farmaseutikal, Dilip Shanghvi, 58, pula memecah rekod buat kali pertama apabila beliau menduduki tempat ketiga teratas dengan peningkatan kekayaan sebanyak 66 peratus.

Di India, terdapat 141 individu yang memiliki kekayaan melebihi AS$300 juta (RM945 juta) berbanding 101 individu pada tahun lalu.

Bagaimanapun, sembilan peratus golongan terkaya di India itu tinggal di Dubai. - Agensi

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)