Jom Buat Duit

Saturday 26 October 2013

Harga gula RM2.84 sekilogram esok ( Hari ini 26 Oktober 2013 )

Harga gula dinaikkan daripada RM2.50 sekilogram kepada RM2.84 mulai esok, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaaan, Datuk Seri Hasan Malek.

Beliau berkata langkah pengurangan subsidi gula seperti yang diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melalui pembentangan Bajet 2014 hari ini dapat menjimatkan perbelanjaan negara sebanyak RM64.02 juta tahun ini dan RM551.25 juta tahun depan.

"Lebihan penjimatan ini nantilah yang akan digunakan untuk membiayai pembangunan infrastruktur dalam negara di masa depan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Sehubungan itu, Hasan berkata beliau mahu rakyat khususnya peniaga melihat pengurangan subsidi gula secara positif dan tidak menaikkan harga barangan makanan berasaskan gula secara mendadak.

"Kita mesti letakkan kepentingan rakyat lebih daripada segala-galanya, bukannya meletakkan kepentingan keuntungan peniaga itu sendiri, oleh itu, saya minta supaya peniaga juga bersama-sama dalam usaha kerajaan untuk mewujudkan kesejahteraan rakyat ini," katanya.

Ketika membentangkan belanjawan di Dewan Rakyat, Najib mengumumkan subsidi gula sebanyak 34 sen dimansuh berkuat kuasa esok. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters