LONDON: Seorang pondan yang berlagak sebagai ‘doktor’ dituduh menyuntik campuran simen, minyak, pengedap tayar dan gam ke dalam punggung seorang wanita.
Wanita itu dipercayai turut membuat suntikan kosmetik ke atas dirinya sendiri.
Oneal Morris 30, ditahan setelah wanita itu hampir mati selepas bahan kimia berbahaya merebak ke seluruh tubuhnya.
Dia dikatakan telah membayar 450 pound (RM2250) kepada Morris untuk memejalkan punggungnya pada Mei tahun lalu.
Morris, seorang lelaki yang menjalani hidup seperti seorang wanita, menghadapi tuduhan mengamal perubatan tanpa lesen.
Metro
No comments:
Post a Comment