KUALA LUMPUR: Perjalanan pulang ke utara selepas bercuti di Melaka bersama rakan membawa malang buat dua wanita warga Thailand yang maut dalam kemalangan di Kilometer 416.5 Lebuhraya Utara-Selatan, arah utara berdekatan Lembah Beringin, dekat sini, semalam.
Difahamkan, dalam kejadian jam 3.30 pagi itu, sebuah kenderaan pacuan empat roda dipandu seorang lelaki tempatan, Ng Chin Thai, 38, bersama enam wanita warga Thailand dalam perjalanan pulang dari Melaka ke utara.
Sumber berkata, ketika tiba di tempat kejadian, kenderaan berkenaan yang dipandu laju cuba mengelak sebuah motosikal ditunggang Eyu Seng Chong , 33.
Bagaimanapun, ia terbabas ke kanan jalan sebelum merempuh besi pembahagi jalan.
Katanya, selepas itu, kenderaan berkenaan masuk ke laluan bertentangan sebelum terjunam ke dalam cerun bukit kira-kira 150 meter.
Ketika itu, dua penumpang kenderaan terbabit, Kanchana Wisaiphrm, 26 dan Shuhisa, 22 tercampak dari kenderaan berkenaan dan meninggal dunia di tempat kejadian.
“Empat lagi mangsa yang dikenali sebagai Suphannch Nianthaisy, 30, patah kaki kirinya, Sakauyapaumanel,29, Ratu Pharkun,38, dan Kunyanut Sitthisme, 23, bersama pemandu kenderaan itu parah dan dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan kecemasan.
Metro
No comments:
Post a Comment