Jom Buat Duit

Saturday, 19 November 2011

Pembunuh Budak ke Tali Gantung

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki warga Singapura dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi, di sini, semalam, selepas didapati bersalah membunuh anak tiri seorang lelaki warga Thailand, Siwakorn Sukuntha, 7, yang meninggal dunia akibat dipukul dan dibakar kemaluannya menggunakan pemetik api, tiga tahun lalu.
Pesuruhjaya Kehakiman, Samsudin Hassan, menjatuhkan hukuman itu terhadap Shawal Senin, 35, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

“Selepas pertimbangkan semua perkara, saya dapati pihak pendakwaan berjaya buktikan kes melampaui keraguan munasabah dan keterangan tertuduh berhubung punca kematian simati diragui dan sukar percayai.
“Dengan ini, tertuduh didapati bersalah seperti didakwa dan boleh dihukum mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Bagi seksyen itu, saya tidak punyai pilihan lain kecuali hukuman mati mandatori dan tarikh serta waktu hukuman akan ditetapkan,” katanya.

Tertuduh yang berbaju hitam sepanjang penghakiman kelihatan tenang tanpa sebarang bicara, malah reaksi sama turut diberikan tertuduh sejurus hukuman mati dijatuhkan ke atasnya.

Shawal dituduh menyebabkan kematian Siwakorn di rumah beralamat 08-04 Blok A, Kondominium Pulai View, Taman Kobena, dekat Tampoi, antara jam 9 malam 24 Disember 2008 hingga jam 1 tengah hari 27 Disember 2008.

Mengikut fakta kes, mangsa dipukul tertuduh menggunakan penyangkut baju, tukul dan wayar selain membakar kemaluan mangsa menggunakan pemetik api hingga cedera parah di badan dan kemaluannya. Selain itu, tertuduh mengugut membunuh ibu mangsa dan memukulnya ketika wanita berkenaan cuba menghalang tertuduh melakukan penderaan terhadap mangsa. Shawal yang tidak bekerja ditahan pada 28 Disember 2008 selepas pakar forensik Hospital Sultanah Aminah (HAS), mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat kecederaan berganda di beberapa anggota badan dipercayai didera.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Ezlin Yusop Khan dan Jasmee Hameeza Jaafar, manakala tertuduh diwakili peguam bela, Amy Law.

METRO

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters