ANAK selebriti popular Tom Cruise dan Katie Holmes, Suri Cruise
terkenal dengan fesyen pakaian yang penuh gaya biarpun baru berusia enam
tahun.
Suri yang kini menetap di New York, Amerika Syarikat bersama ibunya,
bagaimanapun terpaksa melupakan fesyen kerana sudah mendaftar di sebuah
sekolah swasta.
Ini berikutan Katie tidak mahu lagi melihat anaknya itu berterusan
mengenakan kasut tumit tinggi, memakai baju mahal dan mengenakan gincu
seperti yang sering dia lakukan.
"Katie memulangkan semula baju yang dihadiahkan dan dipinjamkan kepada Suri setelah tiba di New York.
"Dia juga mengarahkan agar nama Suri digugurkan daripada kesemua
senarai mendapat sampel produk percuma. Dia tidak mahu produk kecantikan
yang dikirimkan kepada Suri terus dihantar," kata sumber kepada majalah
Reveal.
Menurut sumber lagi, cara hidup popular itu sebenarnya diajar oleh
Tom tetapi Katie kini mahu merubah Suri agar membesar dengan cara
normal.
Suri kini perlu belajar cara hidup yang berbeza di New York berbanding tinggal di Los Angeles setelah ibu bapanya bercerai.
No comments:
Post a Comment