Jika dihitung pada usia penglibatannya dalam dunia seni, wanita yang berjaya menghasilkan lapan buah album termasuklah judul Amy Mastura, Puteri, Bintang Hati, Akan Datang dan Happy sudah 19 tahun mengabdikan diri kepada dunia hiburan.
Kehadiran artis pelapis tidak sedikit pun menenggelamkan namanya, bahkan jenama yang dicipta selepas memenangi pertandingan Asia Bagus pada 1993, itu kekal popular.
Tidak hanya terkenal sebagai penyanyi, dia yang tampil dalam beberapa buah filem termasuklah Tragedi Oktober, Puteri Impian, Puteri Impian 2, Trauma dan Saya Tak Bodoh itu ada aura sendiri dalam dunia lakonan.
Melengkapi usia 41 tahun pada tanggal 10 Mei lepas sebagai seorang penyanyi, pelakon dan pengacara, Amy tetap kelihatan lebih remaja berbanding usianya.
Tidak mempunyai rahsia untuk kelihatan kekal muda, jelas Amy, dia hanya mengamalkan gaya hidup seperti biasa seperti orang lain.
“Jangan keterlaluan ketika makan. Bagi saya, tua itu akan sampai dan tidak pernah takut untuk menjadi tua,” ujarnya.
|
|
KELUARGA BAHAGIA
Kisah rumah tangga isteri Alvin Tham Sufian dan ibu kepada dua orang cahaya mata, Adriana, 11, dan Adalia, 7, itu tidak pernah dihambat cerita kontroversi.
Mengaku bahawa rumah tangganya hanya sederhana, namun Amy berjaya mengekalkan keharmonian itu dengan alasan tersebut.
“Nak kata rumah tangga saya terlalu bahagia itu tidaklah bahagia sangat. Apa yang boleh saya katakan rumah tangga kami sederhana. Tidak terlalu romantik dan juga tidak ada masalah besar.
“Alhamdulillah, saya gembira melalui rumah tangga seperti kini kerana berjaya mengekalkannya hingga kini,” tutur anak bongsu daripada dua beradik itu.
No comments:
Post a Comment