ARIEL akan mula menghirup udara segar mulai esok dan pembebasannya ditunggu-tunggu oleh banyak pihak.
JIKA mengikut percaturan, vokalis kumpulan Peterpan, Nazriel Irham
yang popular dipanggil Ariel akan dibebas pada tahun hadapan.
Bagaimanapun, mulai esok, Ariel yang dihukum penjara tiga tahun akibat
kesalahan mengedar bahan pornografi akan dapat menghirup udara segar di
luar jeriji besi.
Ketua Bahagian Kemasyarakatan Indonesia, Dedi Sutardi menerangkan,
Ariel dibebaskan setelah dia menjalani dua pertiga masa hukumannya.
"Selain itu, dia juga telah menjalani asimilasi dan berkelakuan baik selama di lembaga pemasyarakatan," katanya.
Menurut Dedi, pembebasan awal Ariel merupakan amalan piawai dan dia bebas awal bukan kerana dia berstatus selebriti.
"Semua tahanan kalau sudah menjalani dua pertiga masa tahanan boleh
dibebaskan. Selain itu juga dinilai melalui sikapnya," ujar Dedi.
Ariel dijangka akan menyudahkan kerja-kerja yang berbaki dengan
grupnya. Selain itu Ariel juga telah mempersiapkan sebuah buku biografi.
Peterpan yang terkenal dengan lagu Bintang Di Surga itu menghentikan aktiviti seni mereka sejak Ariel dipenjara pada 2010.
No comments:
Post a Comment