AKIM AHMAD melafazkan keterujaannya. Laksana mendapat anak pertama
apabila album perdana dengan tajuk Akim Ahmad keluar menghadap
pendengaran khalayak.
Dia turut berkongsi gelisah, kalau-kalau album ini tidak mendapat
perhatian tetapi katanya, dia sudah berbuat sehabis baik dalam
menghasilkan buah tangan yang sudah lama dinantikannya ini.
Terdapat 10 buah lagu dalam albumnya itu termasuk tujuh buah lagu
baharu, manakala tiga buah lagu popularnya iaitu Inilah Cinta, Bengang
dan Janji dihasilkan dalam bentuk akustik.
Antara lagu baharu dalam album tersebut ialah Daya Cinta, Menunggu,
Tentang Dia, Yang Nyata, Dunia dan Syurga, Mesti Ada Cinta dan Kembali.
Dalam kesemua lagu yang dinyanyikan, Akim memberitahu, lagu
berjudul Daya Cinta merupakan lagu yang paling sukar untuk dihasilkan.
“Boleh dikatakan lagu tersebut memang paling mencabar buat diri saya
berbanding lagu-lagu lain. Untuk mendapatkan penghayatan serta hasil
yang terbaik saya terpaksa menangis semasa merakam lagu itu,” yang mahu
dikenali sebagai penyanyi dan komposer.
Ujar Akim lagi, lima tahun daripada sekarang dia mahu fokus dengan
kerja-kerja belakang tabir. Vokalis dengan nada tersendiri ini kuat
bercita-cita menghasilkan banyak lagu-lagu dan lirik dan bergelar
seorang komposer.
ILHAM HATI
Ilham memang daripada jiwa dan hati saya. Sebab itu untuk album
perdana saya, banyak lagu dan lirik yang saya ilhamkan sendiri. Tetapi
saya turut berkolaborasi dengan komposer lain seperti Omar K dan Audi
Mok. Ilham datang bila-bila masa. Saya hairan bila yang menganggap muzik
itu haram sedangkan ilham membuat muzik itu datang dari Allah juga.
KENA PAKSA MAIN GITAR
Saya belajar main gitar sejak tingkatan satu kerana dipaksa seorang
teman. Katanya, saya hanya asyik menyanyi dan ada baiknya saya belajar
main gitar. Kami dahulu sama-sama terlibat dalam sebuah grup. Kemudian
saya cuba main piano. Saya berhasrat untuk belajar bermian piano selepas
puasa dan raya nanti. Itu cita-cita saya.
PENGARUH BESAR
Dalam hidup saya, ayah dan ibu adalah pengaruh terbesar saya. Tanpa
mereka, saya tidak akan muncul dengan sebuah album dan berdiri tegak
seperti sekarang. Kalau dalam muzik, saya tidak meletakkan satu
pengaruh khas dalam mendengar. Saya dengar variasi kerana mahu
mempelbagaikan ilmu dan pengamatan dalam muzik. Tetapi kalau pengaruh
kuat adalah daripada grup-grup dari Sweden dan Britain seperti Abba.
MASA ITU EMAS
Saya suka mengumpul jam kerana bagi saya masa itu emas. Hobi
mengumpul jam ini memang sejak daripada sekolah lagi dan saya menyimpan
baik semua jam yang saya beli. Saya cenderung membeli jam jenama Seiko.
Saya juga ada kumpul cermin mata tetapi tidaklah menjaga sebaik jam.
MULUT MANIS
Saya memang seorang yang bermulut manis. Barulah perempuan suka kalau
lelaki bermulut manis (ketawa besar). Tidaklah, ini kerana saya
dibesarkan dalam famili yang tidak bermasalah dan sangat mengambil
berat. Bagi saya dengan berkata-kata manis maksudnya kita menghargai.
RAGUT
Saya menasihatkan agar kaum Hawa berjalan dengan kaum Adam dan jangan
jalan bersendirian. Jika tidak pun, jalan dengan seseorang yang
mempunyai kudrat lebih daripada dirinya. Ini untuk pertahanan daripada
menjadi mangsa ragut.
No comments:
Post a Comment