KUALA LUMPUR - Gara-gara mengintai seorang wanita membuang air
kecil di dalam tandas, seorang jurujual didenda RM800 oleh Mahkamah
Majistret di sini semalam.
Majistret Zulkpli Abdullah menjatuhkan hukuman itu terhadap Bobby Ng
Hock Ann, 31, selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengintai
wanita berusia 33 tahun itu dengan niat hendak mengaibkan kehormatan
wanita tersebut.
Dia yang tinggal di Taman Bukit Maluri, Kepong, didakwa melakukan
kesalahan itu di tandas wanita Aras LG, Kompleks Desa, Jalan Kepong,
Kepong di sini pada 11 pagi kelmarin.
Dia didakwa mengikut seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman
penjara maksimum lima tahun atau denda, atau kedua-duanya jika sabit
kesalahan.
Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, tertuduh memanjat dinding di
tandas bersebelahan tandas wanita itu dan kemudian mengintai dari atas
semasa wanita itu membuang air kecil.
No comments:
Post a Comment