PRAGUE, Republik Czech - Pihak pengurusan Zoo Prague menyatakan,
seekor gorila jantan mati selepas tergantung secara tidak sengaja.
Menurutnya, gorila jantan berusia lima tahun bernama Tatu ditemui
tergantung dengan tali melilit leher haiwan itu pagi kelmarin di
kurungan zoo berkenaan.
Jurucakap Zoo Prague, Michal Stastny berkata, usaha menyelamatkan
Tatu gagal. Menurutnya, tiada kamera video dipasang di kurungan itu
tetapi Tatu ditemui tergantung selepas bermain struktur bertali di
tempat tersebut.
Pengarahnya, Miroslav Bobek kelmarin memberitahu bahawa kematian Tatu
adalah yang paling tragis selepas bencana banjir membunuh lebih 100
haiwan di zoo berkenaan pada 5 Mei 2007. - Agensi
No comments:
Post a Comment