HUJUNG namanya tepat disebut deh-sha-nell. Aktres dengan nama glamor
Zooey Deschanel kini dilihat sebagai salah seorang pelakon wanita
Hollywood yang comel tetapi aneh. Namun sifat aneh itu yang menempatkan
dirinya di tangga tersendiri.
Matanya bulat berwarna biru muda serta jambul turut membuatkan penampilannya digemari dan diingati ramai.
“Dua aspek itu adalah seperti tandatangan personaliti saya,” luahnya.
“Beberapa personaliti saya akan dipaparkan di skrin. Mungkin itulah
saya dan jika mereka menyatakan saya pelik, mungkin itu ada betulnya.
Itu adalah lebih baik daripada membosankan,” ujarnya yang lahir pada
tahun 1980 ini.
“Sebenarnya saya bukanlah seorang yang menarik. Secara sosial, saya
mengambil masa yang lama untuk mengembangkan skil sosial tersebut.
Tetapi hanya satu tempat yang membuatkan saya selesa iaitu di atas
panggung untuk menari dan berlakon,” ujar si manis yang menangkap
pandangan ramai melalui filem 500 days Of Summer dan The Happening ini.
Terbaharu, Zooey muncul dalam drama bersiri bertajuk New Girl yang
kini ditayangkan di saluran HBO pada setiap Jumaat bermula pukul 9.55
malam.
Aktres berusia 32 tahun ini mengaku dia melabelkan karakter Jess
sebagai ‘diri sendiri versi remaja’. Karakter Jess sentiasa berkembang,”
ujar Zooey tentang karakter yang direkabentuk oleh Liz Meriwether.
Siri New Girl yang menempatkan Zooey, dalam sebuah apartmen ini
antara lain bercerita tentang persahabatan Jess dengan tiga orang rakan
baiknya dalam mengharungi kehidupan. Sarat dengan kasih sayang dalam
persahabatan, New Girl juga menyaksikan bagaimana lelaki dan wanita
bujang ini berhadapan dengan masalah-masalah cinta masing-masing.
“Saya sangat sukakan watak Jess kerana dia menjadi dirinya sendiri.
Dia aneh dan janggal kadangkala tetapi dia tidak takut menjadi diri
sendiri. Kadangkala naif dan kadang-kadang pula menjadi sangat kuat
dalamannya. Saya rasa sangat seronok melihat semua itu dalam karakter
seorang wanita. Terutamanya dalam sebuah siri komedi di mana karakter
tersebut harus seimbang dengan watak-watak lelaki. Dia adalah lambang
wanita moden sejati,” ulas Zooey lagi.
Selain sibuk berlakon, Zooey juga turut seimbang mengendalikan
kariernya sebagai penyanyi. Dia dan temannya, M.Ward telah membentuk
sebuah grup duo yang dinamakan She & Him.
“Selera muzik saya terarah kepada material yang wujud sebelum tahun
1975. Saya merasakan diri saya tertarik kepada filem dan lagu lama,”
katanya yang turut menyanyikan semula lagu The Smith yang bertajuk
Please, Please, Please Let me Get What I Want untuk filem 500 Days of
Summer.
No comments:
Post a Comment