KUALA LUMPUR – Siasatan polis berhubung pembunuhan seorang wanita
yang mayatnya ditemui dengan seluar terlondeh berhampiran pagar sebuah
stor menyimpan besi di Kawasan Perindustrian Sungai Dua, Rawang, 5 Julai
lalu mendapati dia telah dirogol oleh empat lelaki sebelum dibunuh dan
dicampak.
Sumber memberitahu, cara pembunuhan kejam terhadap E. Valley, 25, itu
diketahui polis selepas pihak berkuasa itu menahan seorang lelaki
berusia 21 tahun yang turut terlibat merogol mangsa yang sedang hamil
anak lelaki berusia lima bulan ketika itu.
Katanya, selepas merogol, suspek telah menjerut leher wanita itu
menggunakan tali pinggang milik mangsa sebelum mayatnya dibuang dalam
keadaan memalukan di dalam semak dekat kilang berkenaan.
“Suspek ditahan di sekitar kawasan Rawang pada pukul 5 petang sehari
selepas kejadian hasil daripada petunjuk yang kita perolehi ketika
memeriksa tempat penemuan mayat.
“Soal siasat mendapati suspek bersama tiga lagi rakannya bergelar
Boy, Jahat dan Botak bertindak merogol mangsa sebelum membunuhnya.
Susulan itu, kita kemudian menahan pula Jahat, 34, pada pukul 12 tengah
hari Khamis lalu,” katanya kepada Kosmo! semalam.
No comments:
Post a Comment