Jom Buat Duit

Saturday, 14 July 2012

Okie nafi hamil sebelum nikah


Okie bersama teman lelakinya, Gunawan. 
 

MANTAN isteri Pasha Ungu, Okie Agustina Sofyan, atau yang kerap disapa Okie, memberitahu umum bahawa dia dan kekasihnya, Gunawan telah berkahwin siri atau perkahwinan yang tidak berdaftar pada bulan Februari yang lalu.
Pernikahan tersebut, bagaimanapun tegas Okie bukan kerana dia telah hamil sebelum bernikah seperti yang didakwa segelintir pihak. Okie menangis sedih kerana dituduh begitu.
"Kami bukan bernikah main-main, niat kami ikhlas untuk berkahwin. Memang kami telah bernikah siri pada bulan Februari dan akan melakukan majlis sekali lagi pada bulan Julai ini," ujarnya yang sudah tiga tahun menjanda.

Okie kemudian dengan tegas berkata: "Saya memang sedang hamil sekarang ini. Tapi bukan kehamilan ini yang menyebabkan kami berkahwin. Saya tidak hamil sebelum berkahwin. Sebaliknya, saya dan Gunawan memang merancang untuk mempunyai anak dan baru bulan Mei saya bertemu doktor untuk mengesahkan kehamilan saya."
Menyokong pernyataan isterinya, Gunawan juga menjelaskan mereka tidak menikah kerana Okie telah hamil terlebih dulu.
"Saya pasti, kalau kami bernikah hanya kerana Okie telah hamil, pasti kami dimarahi ibu bapa. Hal itu (hamil sebelum nikah) adalah palsu," ujarnya.
Okie dan Gunawan melakukan pernikahan siri mereka pada Februari di Malang, yang hanya dihadiri oleh keluarga terdekat saja.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters