KUCHING - Seorang lelaki warga emas yang bertarung nyawa selepas
dipercayai dipukul anak lelaki sendiri akhirnya meninggal dunia di
Hospital Umum Sarawak semalam selepas menerima rawatan hampir dua
minggu.
Jeni Kaderi, 77, dipercayai bergaduh dengan anaknya yang berusia 41
tahun pada 17 Julai lalu di rumah mereka di Kampung Sinar Bumi Lama di
sini sehingga cedera di rusuk, lebam di mata kiri, telinga kanan dan
pendarahan di paru-paru kanan.
Bagaimanapun, suspek yang juga dikenali sebagai 'Ribut' pandai
memperdayakan jiran-jiran mereka bahawa bapanya cedera selepas terjatuh
tangga.
Namun, rahsia itu terbongkar selepas adik perempuannya datang ke
rumah tersebut dan menemui bapanya dalam keadaan tidak sedarkan diri
sebelum meminta anak saudaranya membawa mangsa ke hospital.
Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Roslan Bek Ahmad (gambar) berkata, mangsa meninggal dunia pada pukul 1 pagi dan doktor mengesahkan sembilan tulang rusuk kanan mangsa patah.
Serentak dengan itu, polis menahan reman suspek untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
No comments:
Post a Comment