Jom Buat Duit

Monday 2 July 2012

Buffon perli England

LONDON - Penjaga gol Itali, Gianluigi Buffon (gambar) percaya prestasi hambar skuad England di pentas bola sepak antara bangsa berpunca daripada kebanjiran pemain luar dalam saingan Liga Perdana England.
Menurut kapten The Azzurri itu, saingan Liga Perdana England semakin tidak 'asli' sehingga menyebabkan England ketandusan pemain-pemain berbakat.
"Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Liga Perdana England dilihat menjadi liga terbaik dalam dunia bola sepak terutamanya daripada aspek kualiti.
"Namun disebabkan faktor duit, segalanya mula berubah kerana mereka mampu membeli pemain yang bagus dari seluruh Eropah mahupun dunia," katanya.
England sebelum ini terkandas pada suku akhir Euro 2012 apabila tewas kepada Itali menerusi penentuan sepakan penalti.
Jelas Buffon, situasi itu turut berlaku di Sepanyol dan Itali namun ia lebih teruk di England.
"Sebab itu, banyak pemain England sukar untuk menonjolkan diri di tempat sendiri," katanya yang bagaimanapun tetap menghormati The Three Lions.
Ini kerana menurut Buffon, hanya nasib tidak menyebelahi England pada Euro kali ini.
"Mereka sering tewas menerusi penentuan sepakan penalti sebanyak lima hingga enam kali. Bagi saya ia lebih kepada faktor nasib," katanya. - Agensi

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters