Jom Buat Duit

Monday 2 July 2012

Anzalna, Neelofa bersemuka selesaikan krisis hari ini

KUALA LUMPUR – Persengketaan yang berlaku antara dua pelakon muda, Nur Anzalna Md. Nasir, 24, dan Noor Neelofa Mohd. Noor, 23, bakal diselesaikan dalam satu pertemuan yang telah diaturkan oleh Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) hari ini.
Menurut Anzalna, dia sememangnya tidak mahu memanjangkan lagi persengketaannya dengan Neelofa dan bersedia untuk bertemu pelakon tersebut agar masalah yang timbul dapat diselesaikan dengan segera.
“Saya bersedia untuk meminta maaf kerana tidak mahu kontroversi yang timbul diperbesarkan lagi sehingga terpaksa diselesaikan di mahkamah.
“Lagipun banyak lagi kerja lain yang perlu dilakukan berbanding terpaksa naik turun mahkamah kerana ia akan mengganggu jadual kerja kami.
“Itu sahaja kenyataan yang dapat saya jelaskan buat masa ini. Segala penjelasan yang lebih lanjut akan terjawab dalam satu sidang akhbar anjuran Seniman yang akan diadakan esok (hari ini),” ujarnya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters