MANILA: Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud melanda pantai barat Pulau
Luzon di negara ini semalam, kata ahli seismologi Amerika Syarikat,
tetapi tiada kemalangan jiwa dan tiada amaran tusnami dikeluarkan.
Badan Penyelidikan Geologi AS berkata, gempa itu melanda pada
kedalaman 35 kilometer kira-kira jam 6.18 pagi, 182 kilometer dari barat
laut Manila. Institut Gunung Berapi dan Gempa Filipina mengukur gempa
itu berukuran 6.0 magnitud.
Gempa itu dirasai di sesetengah
kawasan, termasuk Manila, tetapi tiada laporan kerosakan atau kemalangan
jiwa, kata Ketua Pertahanan Awam, Benito Ramos. Filipina berada di
lingkaran api Pasifik - rantaian di sekeliling Lautan Pasifik yang
dipenuhi dengan gunung berapi aktif dan garis lautan yang tidak stabil.
Satu daripada garisan itu terletak betul-betul di bawah Manila, kota
metropolis yang dihuni lebih 12 juta penduduk dan ahli seismologi
kerajaan memberi amaran bandar raya itu belum bersedia untuk menghadapi
gempa yang besar. Pada Februari lalu, gempa bumi berskala 6.7 magnitud
yang melanda tengah negara itu mengakibatkan tanah runtuh menyebabkan
lebih 100 orang maut dan hilang. - Philippines Inquirer
No comments:
Post a Comment