BINTANG terkenal Bollywood, Hrithik Roshan akhirnya membuat keputusan
untuk bercuti bersama keluarga sempena sambutan Tahun Baru 2013 dan
memilih Bangkok sebagai lokasi pilihan.
Hrithik akan meluangkan masa beberapa hari di ibu kota Thailand itu
sebelum kembali ke India pada minggu pertama bulan Januari untuk
menyambung penggambaran filem terbaharunya.
Hrithik kini sedang bercuti di Bangkok bersama keluarganya termasuk
ibu dan ayahnya, Rakesh dan Pinky Roshan, datuk, nenek, adiknya Sunaina,
isterinya Sussanne, bapa saudaranya Rajesh Roshan dan anak saudaranya
Hrehaan dan Hridhaan," ujar sumber terdekatnya kepada portal
BollywoodCelebden.com.
Pelakon filem Kaho Naa Pyar Hai itu kali terakhir menyambut tahun
baru bersama keluarganya dua tahun lalu ke Dubai dan semenjak terlepas
sambutan yang sama tahun lalu, Hrithik sering mengintai peluang untuk ke
Bangkok.
"Tahun lalu dia menjalani pemulihan akibat kecederaan dan filemnya
Agneepath keluar pada bulan Januari lalu. Jadi, dia tidak boleh
meluangkan terlalu banyak masa bersama keluarganya untuk bercuti.
"Tahun ini pula, percutian keluarga Hrithik berjalan lancar seperti
yang dimahukannya. Dia seorang yang sangat rapat dengan anggota
keluarganya dan gemar meluangkan masa bersama-sama terutama kedua-dua
datuk dan neneknya," tambah sumber itu lagi.
No comments:
Post a Comment