BEBERAPA bulan yang lalu namanya hangat diperkatakan di media-media massa dan sosial.
Kelibat dan setiap butir bicara pelakon kacak, Sharnaaz Ahmad menarik
perhatian media ekoran kisah cintanya dengan penyanyi tersohor Shila
Amzah yang putus di tengah jalan.
Reda kisah cintanya dengan Shila, Sharnaaz kemudian dikaitkan pula
bercinta dengan tunang orang, Uqasha Senrose sehingga menyebabkan
aktress itu putus tunang.
Tunangan Uqasha, Pekin Ibrahim pada awalnya berang kerana menyangka kekasih hatinya itu berlaku curang di belakangnya.
Namun semua itu hanya salah faham dan hubungan mereka berdua kembali
pulih selepas mengetahui Uqasha dan Sharnaaz rapat kerana mahu membuat
kejutan di hari jadinya.
Setelah melalui pelbagai liku yang sememangnya lumrah sebagai anak
seni, pelakon Sharnaaz Ahmad bagaimanapun baru-baru ini mengumumkan
untuk bersara daripada dunia hiburan tanah air.
Keputusan mengejut itu diambil oleh Sharnaaz ekoran terlalu banyak
gosip, kontroversi dan fitnah yang melanda dirinya sepanjang menceburi
industri itu.
Dengan persaraan ini, Sharnaaz berharap agar hati ibu bapa dan adik beradiknya tidak lagi dilukai.
Berikut kata-kata Sharnaaz yang dipetik daripada sebuah laman web popular:-
"Saya bukan kecewa, tetapi dengan apa yang berlaku, satu persatu gosip
dan kontroversi melanda diri, saya fikir biarlah saya berundur diri.
Saya tidak mahu mengguris hati dan perasaan sesiapa lagi. Paling
penting, saya tidak terus melukakan hati ibu bapa dan adik beradik,
mereka adalah insan yang sentiasa berada di belakang saya ketika susah
dan senang.
Saya akan menyambung semula kerja di bidang hartanah atau industri
minyak dan gas yang pernah dilakukan. Saya lakukan ini demi keluarga
saya. Hati ibu bapa dan keluarga saya sudah kerap kali terguris dengan
cerita yang bukan-bukan, saya tidak mahu terus melukakan hati mereka.
Cukuplah…
Saya tidak berdendam dengan sesiapa. Saya tidak pernah membenci mereka,
buatlah apa sahaja, terserah! Saya terima dengan hati terbuka. Mungkin
pengunduran saya membuatkan mereka lebih senang hati. Saya keluar
industri hiburan dengan hati yang rela. Asalkan saya melihat satu wajah
gebira. Mungkin setakat ini saja perjuangan saya dalam dunia seni. ALLAH
SWT Maha Kuasa."
Drama “Bukan Kerana Aku Tak Cinta” adalah drama terakhir lakonan Sharnaaz Ahmad.
Sinar Harian
Jom Buat Duit
Showing posts with label Sharnaaz Ahmad. Show all posts

Wednesday, 27 November 2013
Monday, 5 November 2012
Sharnaaz berani kerana benar
KALAU sudah cinta apa sahaja sanggup dilakukan. Itu yang didakwa
berlaku kepada pelakon semakin meningkat naik Sharnaaz Ahmad atau nama
sebenarnya Sharnaaz Basir Ahmad, 27, apabila dia dikhabarkan sanggup
meninggalkan set penggambaran filem Darah Panas terbitan White Merpati
Entertainment Sdn. Bhd. pada 5 Oktober lalu semata-mata kerana ingin
bertemu penyanyi bersuara hebat, Shila Amzah.

Tidak cukup isu meninggalkan lokasi penggambaran kerana ingin bertemu kekasih hati, Sharnaaz juga dikhabarkan sudah mula membuat perangai pada hari pertama penggambaran filem arahan Arjin Uppal itu.
Pelakon drama Bukan Bidadari itu juga didakwa menolak dan mencengkam leher penolong pengarah Darah Panas iaitu Mohd. Hafiz Mat Ishak kerana marah menunggu lama mendapatkan pakaian penggambaran dan terpaksa menyudahkan penggambaran lewat, sedangkan dia harus bertemu Shila yang bakal ke China untuk menyertai pertandingan Asian Wave 2012 yang berlangsung di Shanghai sebelum ini.
Akibat daripada perbuatan itu, penerbit Darah Panas, S. Baldev telah mengambil tindakan undang-undang terhadap Sharnaaz dan meminta pelakon berasal dari Georgetown, Pulau Pinang itu memohon maaf secara terbuka dalam media.
Menerusi syarikat guaman, Shook Lin & Bok, Advocates & Solicitors, surat saman sudah diserahkan kepada Sharnaaz kira-kira dua minggu lalu.
Bagaimanapun, sehingga kini, dakwa Baldev yang popular menerusi filem-filem terbitannya seperti Akhirat, Kerat, Kecoh Betul, Rasuk dan Kerat 14 itu, dia belum menerima jawapan balas terhadap tuntutan daripada Sharnaaz.
Kosmo! segera menghubungi Sharnaaz, kelmarin untuk mengetahui apakah yang sebenarnya berlaku.
Tidak mengelak tetapi Sharnaaz ternyata kurang senang untuk memberi sebarang komen lanjut berhubung perkara itu.
Berjaya memujuk aktor yang pernah menafikan persoalan media mengenai tohmahan mengatakan dia seorang yang panas baran itu sebelum ini, Sharnaaz akhirnya sudi memberikan komen biarpun secara ringkas.
Menurutnya, buat masa ini dia tidak menerima sebarang surat saman mahupun surat tuntutan daripada pihak Baldev biarpun ia dikhabarkan sudah dihantar kira-kira dua minggu lalu.
“Saya tidak terima apa-apa surat saman daripada dia (Baldev),” tegas Sharnaaz.
Ditanya adakah semua dakwaan Baldev terhadap dirinya itu benar belaka, luah Sharnaaz, ia adalah fitnah semata-mata.
Tambahnya, jika apa yang didakwa Baldev itu benar, panggil sahaja semua kru produksi dan para pelakon untuk bercakap.
Sharnaaz juga secara jujur tidak mahu memberi komen panjang berhubung perkara itu kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.
Ungkapnya, dia tidak takut menerima surat saman daripada Baldev kerana dia yakin tidak melakukan sebarang kesalahan seperti yang didakwa.
“Berani kerana benar. Saya tidak cakap bahawa saya 100 peratus betul tetapi dia (Baldev) juga tiada hak untuk bercakap buruk dan bercakap fitnah mengenai saya,” jelasnya.
Ditanya sama ada dia ingin memohon maaf dalam media sepertimana yang diminta Baldev, tegas Sharnaaz: “Saya hanya memohon maaf kepada orang yang saya buat salah dengan dia sahaja.”
Kosmo
S. BALDEV dikatakan sudah menghantar surat saman kepada Sharnaaz dua minggu lepas.

Tuesday, 3 July 2012
Sharnaaz, Nad saling memuji
DI sebalik kemunculan ramai pelakon baharu yang mewarnai industri
hiburan tempatan, ternyata penampilan dua orang pelakon iaitu Sharnaaz
Ahmad dan Nad Zainal tidak boleh dipandang sebelah mata.
Sharnaaz misalnya, merupakan antara pendatang baharu yang semakin menjadi sebutan ramai, manakala Nad Zainal atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin pula dilihat mampu memberi saingan sihat kepada pelakon sedia ada.
Ketika ditemui pada majlis pelancaran drama Bukan Bidadari di Subang Jaya, Selangor baru-baru ini, mereka berdua mengakui sangat gembira apabila ditawarkan untuk membintangi drama terbitan Filmscape Production itu.
Bagi Sharnaaz, dia mengakui sangat senang dengan hasil kerja pengarah Faisal Ishak dan yakin drama berkenaan mampu menarik minat penonton berdasarkan kepada kisah yang dipaparkan.
"Sepanjang penggambaran, semuanya berjalan dengan lancar dan saya gembira kerana dapat bergandingan dengan beberapa orang pelakon baharu serta yang sudah berpengalaman.
"Mengenai lakonan yang ditampilkan oleh gandingan saya iaitu Nad Zainal, saya akui dia memang pelakon wanita yang sangat bagus. Saya percaya dia mampu pergi jauh sekiranya lebih banyak peluang diberikan kepadanya," puji Sharnaaz.
Drama bersiri 13 episod itu mengisahkan tentang seorang gadis bernama Inas (Nad Zainal) yang mempunyai sikap manja dan sombong mendapati kehidupannya mula berubah setelah kematian bapanya.
Kemudian, ketika berada di Kuala Lumpur, Inas telah bertemu dengan Arif (Sharnaaz), anak seorang usahawan yang kacak dan mereka berdua telah mendirikan rumah tangga tanpa mendapat restu ibu Arif.
Disiarkan setiap hari Selasa pada pukul 9 malam di TV3, Bukan Bidadari turut menampilkan beberapa pelakon lain seperti Sara Ali, Azhar Sulaiman, Fiza Halim, Muniff Isa, Azlee Khairi, Liza Zain, Zuhairi Ibrahim dan Wan Raja.
Bercerita lebih lanjut mengenai watak yang dibawakannya, Sharnaaz memberitahu wataknya sebagai Arif bukanlah antagonis, tetapi ia mampu mengundang kebencian penonton.
"Saya tidak mahu mendedahkan terlampau banyak mengenai perwatakan saya, dan biarlah penonton yang menyaksikannya. Namun, secara keseluruhan, saya berpuas hati dengan lakonan saya dalam drama ini.
"Sekiranya ada penonton yang akan membenci saya selepas menontonnya, ia bermakna saya telah melaksanakan tanggungjawab sebagai pelakon dengan baik.
"Lagipun bukan mudah seseorang pelakon itu boleh memberi impak terhadap karakter yang dibawakan," ujarnya.
Sementara itu, Nad Zainal pula menyatakan dia terpaksa berhadapan dengan beberapa cabaran bagi menghidupkan lagi wataknya sebagai Inas yang memerlukannya tampil dengan permainan emosi.
Menurut pemegang Diploma Teater Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) itu, mendapat tawaran memegang peranan watak utama dalam sesebuah drama merupakan peluang yang tidak harus dilepaskan.
"Memang saya gembira kerana mendapat kepercayaan pengarah, namun saya akui memang sukar untuk mendalami watak Inas. Bagaimanapun, dengan tunjuk ajar pengarah serta kerjasama yang baik daripada para pelakon juga banyak membantu saya.
"Malah, saya sangat senang bekerjasama dan bergandingan dengan pelakon seperti Sharnaaz. Walaupun dia tidak pernah mendapat sebarang pendidikan formal dalam bidang lakonan, bagi saya dia memang seorang pelakon yang hebat," ujar pelakon berusia 22 tahun itu.
Arah klip video
Hubungan cinta yang terjalin antara Sharnaaz dan penyanyi Shila Amzah sudah pun diketahui umum. Menariknya, mereka juga pernah bergandingan bersama dalam sebuah telefilem berjudul Patah Seribu.
Ketika ditanya adakah dia tidak kisah apabila digandingkan dengan kekasihnya itu dalam mana-mana drama atau telefilem, pelakon kelahiran Pulau Pinang itu menyatakan dia tiada masalah seandainya mendapat tawaran yang sesuai.
"Sebagai pelakon saya perlu bersikap profesional dan tidak kisah untuk bergandingan dengan sesiapa pun termasuk kekasih sendiri. Buat masa sekarang belum ada lagi sebarang tawaran yang menggandingkan saya dan Shila.
"Saya juga sangat bersyukur kerana tawaran berlakon memang tidak putus-putus, cuma kini saya lebih selektif ketika memilih sebarang tawaran yang diperoleh dan kalau boleh saya inginkan watak yang berbeza," ujarnya.
Mengenai projek terbaharunya, jelas Sharnaaz, berkemungkinan besar dia akan mengarahkan sebuah klip video untuk salah sebuah lagu yang dinyanyikan oleh Shila.
"Sebenarnya saya memang mempunyai impian untuk bergelar seorang pengarah. Jadi, buat permulaan ini biarlah saya menghasilkan klip video terlebih dahulu dan ia akan dilakukan dalam masa terdekat ini." jelasnya.
Enggan bersaing
Setelah tampil dalam drama bersiri Memberku Hawa beberapa bulan yang lalu, ternyata nama Nad Zainal semakin menjadi sebutan dan dilihat mampu meletakkan namanya sebaris dengan pelakon popular lain.
Pelakon itu memberitahu dia sebenarnya sudah lima tahun berkecimpung dalam bidang lakonan, tetapi hanya mula serius berlakon pada tahun lalu.
"Selepas menamatkan pelajaran di Aswara pada tahun 2010, saya mengambil keputusan untuk serius dalam bidang lakonan. Matlamat saya menjadi pelakon bukanlah mahu bersaing, sebaliknya saya ingin mempraktikkan apa yang telah saya belajar.
"Tidak dinafikan nama saya masih agak kurang dikenali ramai, tetapi saya sangat gembira dan bersyukur apabila semakin mendapat kepercayaan pengarah. Selain aktif berlakon drama, saya juga turut menerima tawaran berlakon filem," ujarnya yang pernah tampil di layar perak menerusi filem Jidin Sengal.
Menurutnya, pada penghujung bulan Julai ini, dia akan memulakan penggambaran filem berjudul Kami Histeria terbitan Red Communications Sdn. Bhd. bersama beberapa pelakon lain iaitu Sara Ali dan Diana Danielle.
Sebagai seorang pelajar jurusan teater, Nad Zainal memberitahu sebelum ini dia juga aktif berlakon teater dan kerap membuat persembahan bersama rakan-rakan di Stor Teater DBP, Dewan Bahasa Dan Pustaka.
"Sejujurnya saya memang rindu untuk berlakon teater bersama rakan-rakan lama saya, tetapi kesibukan sebagai pelakon di kaca televisyen membuatkan saya terpaksa melupakan teater buat seketika kerana mahu fokus dengan kerjaya sekarang," ujarnya mengakhiri perbualan.

Subscribe to:
Posts (Atom)